Home Ekonomi Duti setem kekal, beri impak positif hartanah mewah

Duti setem kekal, beri impak positif hartanah mewah

Kebanyakan rakyat Malaysia berhutang untuk membeli kediaman. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan mengekalkan duti setem bagi hartanah mewah pada kadar tiga peratus memberi impak positif kepada sektor hartanah.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Research dalam notanya hari ini berkata, penjualan hartanah mewah akan terjejas bermula Januari tahun depan apabila duti setem itu dinaikkan sebagaimana yang dicadangkan dalam bajet.

“Kebanyakan projek di bawah pemaju yang kami nilai mempunyai projek di bawah RM1 juta, jadi kami mendapati pemaju-pemaju seperti Eastern & Oriental Bhd., UEM Sunrise Bhd., SP Setia Bhd. dan Eco World Development Group Bhd. akan mendapat manfaat daripada langkah ini kerana mereka mempunyai projek-projek bernilai lebih RM1 juta.

Semalam, Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan melakukan semakan semula cadangan untuk menaikkan kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai RM1 juta.

Hasil semakan semula itu, kerajaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar tersebut pada paras 3 peratus seperti sedia ada.- MalaysiaGazette