LONDON – Swansea City akhirnya memecat pengurusnya, Paul Clement selepas menampilkan aksi buruk pada musim ini.
Swansea kini berada di tangga terakhir liga dengan hanya mencatat tiga kemenangan dengan jumlah 12 mata selepas 18 perlawanan.
Pengerusi, Huw Jenkins mengesahkan berita tersebut di laman web kelab itu.
“Menukar pengurus pada pertengahan musim ini adalah keputusan terakhir yang kelab putuskan.
“Kami memilik tiga pengurus yang berbeza musim lalu dan Paul telah diberi masa yang banyak untuk mengubah keadaan.
“Namun kelab perlu membuat perubahan untuk memberi kami peluang terbaik dalam meningkatkan prestasi di Liga Perdana Inggeris (EPL),” kata Jewkins.
Musim ini, Swansea membuat kejutan apabila berjaya mendapatkan bintang Bayern Munich, Renato Sanches secara pinjaman walaupun dia dikatakan terlalu bagus untuk kelab itu.
Penyokong Swansea sendiri meraikan beliau sebagai bintang pasukan. Namun sebaliknya, Renato Sanches gagal untuk menjadi pemain utama dalam pasukan.
Setakat ini beliau hanya bermain 10 perlawanan untuk Swansea, sembilan daripadanya dalam EPL. – MalaysiaGazette