KUALA LUMPUR – Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan ditutup pada Sabtu, 23 Disember ini sehingga Isnin, 25 Disember bersempena sambutan perayaan Hari Krismas.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa telah bersetuju supaya UTC ditutup selama tiga hari sempena cuti umum tersebut.
Semua UTC akan beroperasi semula pada Selasa, 26 Disember.-MalaysiaGazette