SEPANYOL – Kelab gergasi bola sepak La Liga Sepanyol, Barcelona secara rasminya mengemukakan bidaan pertama untuk mendapatkan khidmat bintang Chelsea, David Luiz menjelang perpindahan Januari ini.
Laporan La Liga berkata, pemain itu tidak lagi menjadi pilihan utama Antonio Conte di Stamford Bridge.
Bintang Pertahanan Brazil itu juga dituduh punca utama kekalahan teruk Chelsea kepada AS Roma dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Kecederaan juga telah mengasingkan pemain itu daripada beraksi dengan pasukan kesebelasan utama dan tidak beraksi sejak Oktober lalu.
Pertengkaran Luiz dengan Conte dilaporkan memberi isyarat kepada kelab terkemuka Eropah yang sedia untuk mengikat khidmat bekas bintang PSG itu.
Barcelona yang dikatakan mempunyai kelebihan itu dilaporkan telah menghubungi Chelsea untuk mengemukakan tawaran lumayan menjelang Januari ini.
Pasukan teh Catalan telah membenarkan Javier Mascherano berhijrah ke kelab Hebei China Fortune dan perlu mencari pengganti sesuai.
Stesen Radio Catalunya mendakwa Luiz telah melawat Barcelona untuk bertemu pakar lutut dan pada masa yang sama mencuri masa mencari peluang berhijrah ke kelab itu.
Chelsea juga dikatakan bersedia melepaskan pemain itu dan sudah memiiki pemain gantian sesuai menerusi Christensen.
Barcelona menawarkan kontrak pinjaman dan Luiz bimbang dia tidak akan mendapat peluang secukupnya untuk menang kesebelasan utama dibawah Conte.
Luiz juga dikatakan tidak mahu tercicir daripada skuad Kebangsaan Brazil menjelang Piala Dunia Rusia 2018.- MalaysiaGazette