MANILA – Jumlah korban tanah runtuh dan banjir di Filipina hari ini mencecah hampir 90 orang selepas ribut tropika melanda selatan negara itu.
Kata polis, jumlah kematian itu dilaporkanĀ berlaku di Mindanao.
“Kami sedang mengesahkan beberapa laporan sebuah kampung pertanian ditimbus tanah runtuh disebabkan hujan lebat yang dibawa taufan,” kata pegawai kawasan Tubod, Ryan Cabus. – MalaysiaGazette