KUALA LUMPUR – Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan mengadakan sesi pertemuan dengan Majlis Peguam untuk mengenegahkan permasalahan dan kebimbangan yang dihadapi oleh para pemimjam lembaga itu.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, prosedur yang diamalkan oleh LPPSA mematuhi amalan terbaik dan piawaian industri.
“Sejak penubuhan panel peguam LPPSA pada tahun 2016, peminjam telah digalakkan untuk melantik firma guaman yang berdaftar di bawah panel LPPSA,” katanya dalam satu kenyataan.
Khamis lalu, sebuah akhbar Inggeris melaporkan impian seorang penjawat awam untuk memiliki rumah telah hancur apabila peguam yang dilantik, juga bertindak sebagai “stakeholder” di bawah Perjanjian Jual Beli, gagal untuk menyalurkan dana kepada pihak pemaju selepas menerima dana tersebut daripada LPPSA.
Peguam itu didakwa mengambil wang dari mangsa, kebanyakannya penjawat awam dan memberi cek tidak sah kepada pemaju.
Pemaju kemudian memutuskan untuk menahan kunci kepada rumah yang sepatutnya diterima oleh pembeli. – MalaysiaGazette