Home Utama Ratapi artis Korea mati, remaja Islam melampau – Asri

Ratapi artis Korea mati, remaja Islam melampau – Asri

Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir remaja Islam menyalakan lilin bagi meratapi kematian artis Kpop dari Korea, Kim Jongh-hyuun sudah melampau dan taksub, kata Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu menyifatkan tindakan sedemikian adalah dilarang sama sekali dalam Islam, lebih-lebih lagi meratapi individu yang tiada kaitan dengan kekeluargaan seperti dilakukan kumpulan itu.

“Namun, walau bagaimanapun ini tidak bererti muslim boleh menjadikan mereka (artis Korea) sebagai idola seterusnya membawa kepada ketaksuban yang melampau.

“Berkabung tidak diizinkan melainkan untuk isteri dan wanita dengan syarat-syaratnya. Berkabung kerana artis seperti itu adalah melanggar arahan Nabi Muhammad SAW apatah lagi kerana disebabkan membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sekumpulan peminat artis kumpulan Shinee itu berhimpun di ibu kota dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

Tegas Mohd. Asri, tindakan remaja tersebut sememangnya sudah menjadi satu fenomena dan ia perlu ditangani untuk mengelak remaja menjadi taksub.

“Perkara ini kita perlu tangani dengan pendekatan yang berkesan dan alternatif,” katanya lagi

Kim Jongh-hyuun disahkan mati di kediamannya di Cheongdam-dong, Korea Selatan. – MalaysiaGazette

Comments are closed.