Home Politik ADUN PAS sertai PKR akan elak tiga penjuru – Daroyah

ADUN PAS sertai PKR akan elak tiga penjuru – Daroyah

KUALA LUMPUR – Sekiranya 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menyertai Parti Keadilan Rakat (PKR), ia boleh mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru di Selangor, kata Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi.

Daroyah berkata, parti itu tidak ada halang an untuk mereka menerima 10 orang ADUN yang didakwa bakal menyertai PKR.

Malah mengalu-alukan tindakan wakil rakyat tersebut walaupun isu tersebut sudah dinafikan oleh pemimpin PAS negeri itu.

“Jika pertandingan tiga penjuru, ia bukan hanya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang, bahkan boleh menyebabkan pengundi keliru untuk membuat pilihan pada hari pengundian,” beliau dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, khabar angin berlegar mengatakan akan terdapat 10 orang ADUN Pas bakal menyertai PKR.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul menafikan khabar angin tersebut.

“Memang semalam (kelmarin) Naib Presiden PAS, Iskandar memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber.

“Itu pendapat beliau saja, terserah.

Namun jika ada yang berminat, kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada,” ujar Daroyah lagi. – MalaysiaGazette