Home Dunia Letupkan diri, tiga terkorban

Letupkan diri, tiga terkorban

KABUL – Seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di lokasi berhampiran Agensi Perisikan Kebangsaan Afghanistan pagi tadi.

Tindakan itu mengakibatkan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut, manakala seorang lagi cedera.

Serangan itu berlaku seminggu selepas militan Daesh mengaku bertanggungjawab menyerang kemudahan latihan Direktorat Keselamatan Kebangsaan di Kabul.

Walau bagaimanapun penyerangnya ditembak mati sebelum menyebabkan kemusnahan lebih teruk.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu. – MalaysiaGazette