Home Nasional Perkhidmatan aerotrain KLIA tergendala – MAHB

Perkhidmatan aerotrain KLIA tergendala – MAHB

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

PUTRAJAYA – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dihentikan untuk kerja-kerja penyenggaraan  luar jadual yang perlu dilaksanakan, kata operatornya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Menurut paparan laman sosial Facebook rasminya, MAHB berkata susulan itu pihaknya mengaktifkan perkhidmatan bas bagi mengangkut penumpang di antara terminal utama dan bangunan satelit menggunakan 16 buah bas yang disediakan.

“KLIA mengendalikan pergerakan penumpang dalam volum yang tinggi dari 8 pagi hingga 8 malam ini dengan tren terpaksa membawa kira-kira 95,000 penumpang bagi tempoh itu.”

“Disebabkan kapasiti yang tinggi ini, tren terpaksa disenggara bagi memastikan kesinambunagn perkhidmatan,” kata MAHB.

Dilaporkan perkhidmatan aerotrain di KLIA tergendala menyebabkan ratusan penumpang terpaksa menaiki bas untuk bergerak di antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit.

Beberapa rakaman video dan gambar dihantar kepada media yang menunjukkan pintu masuk ke tren direkat dengan pita yang tertulis ‘Maintenance in Progress’ (kerja penyenggaraan sedang dijalankan).

Menurut MAHB, pasukan kejuruteraan sedang berusaha sedaya upaua menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan itu secepat mungkin dan penumpang akan dimaklumkan sebaik sahaja perkhidmatan tren bersambung semula.

Ini kali ketiga perkhidmatan tren tergendala tahun ini. – MalaysiaGazette