Home Nasional Tanah Felda: MT UMNO persoal wujud mafia bersuhabat

Tanah Felda: MT UMNO persoal wujud mafia bersuhabat

Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Kontroversi penjualan tanah milik Felda di Jalan Semarak suatu yang tidak boleh diterima, tegas Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi yang melihat seumpama wujud penglibatan kumpulan mafia bersuhabat dalam proses penjualan tanah itu.

Ahli Majlis tertinggi UMNO itu terkejut apabila mengetahui syarikat pemaju itu diberi kuasa penuh sehingga boleh memindahkan hak milik tanah dengan mudah.

“Saya terkejut bagaimana syarikat pemaju yang diberi kuasa wakil penuh (PA) boleh memindahkan hak milik tanah kepada milik syarikat tanpa pengetahuan Felda.

“Atau apakah wujud mafia dalam Felda yang turut bersubahat,” beliau dipetik berkata.

Puad menegaskan walau apa cara sekalipun, Felda perlu berusaha untuk mendapatkan semula tanah tersebut jika mahu memulihkan keyakinan rakyat terhadap agensi peneroka tersebut.

“Justeru Felda di bawah kepimpinan baru tidak ada pilihan lain untuk memulihkan keyakinan rakyat kepadanya kecuali mendapatkan semula hak milik tanah itu dengan apa cara sekalipun,” katanya lagi.

Terdahulu, Felda baru-baru ini didedahkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah miliknya di Jalan Semarak Kuala Lumpur bernilai RM250 juta menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Tanah itu kini sedang dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) melibatkan tujuh menara – termasuk sebuah menara Felda, bangunan 68 tingkat merangkumi 59 tingkat ruang pejabat dan helipad. – MalaysiaGazette