Home Nasional MEX tawar diskaun tol

MEX tawar diskaun tol

KUALA LUMPUR – Maju Expressway Sdn. Bhd. menawarkan diskaun 10 peratus kepada pengguna Maju Expressway sempena sambutan tahun baru.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, MESB berkata, diskaun tersebut diberikan kepada semua jeis kenderaan yang menggunakan lebuhraya menghubungkan Putrajaya-Kuala Lumpur itu bermula jam 12.01 pagi sehingga 11.59 malam 1 Januari 2018.

Syarikat konsesi lebuhraya itu menjangkakan lebih 108,000 kenderaan akan menikmati diskaun tersebut.- MalaysiaGazette