KUALA LUMPUR – Pengendali perkhidmatan LRT, monorel, MRT, BRT dan bas Rapid KL memaklumkan perkhidmatan pengangkutan awam itu akan dilanjutkan pada 31 Disember ini.
Ini bagi memberi peluang warga kota untuk bersama meraikan acara ambang tahun baru.
Bagi memudahkan perjalanan, Rapid KL menasihatkan warga kota agar menggunakan kad My Rapid TnG serta memakir kenderaan di kemudahan Park & Ride sebelum menaiki pengangkutan awam ke pusat bandar.
Warga kota juga dinasihatkan berwaspada dan patuh kepada arahan pihak berkuasa.
-MalaysiaGazette