KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah melakukan pembayaran penuh kepada International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC), seperti ya lebih awal daripad tarikh akhir pada 31 Disember 2017.
Menurut kenyataan 1MDB, semua dana telah dibayar daripada hasil program rasionalisasi yang berterusan.
“1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa menurut Surat Ikatan Penyelesaian dengan Minister of Finance (Inc.) Malaysia dan International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC), 1MDB telah dikirimkan kepada IPIC, sepenuhnya semua dana yang diperlukan untuk dibayar kepada IPIC pada 31 Disember 2017,” kata 1MDB dalam satu kenyataan.
Sebelum ini dilaporkan, 1MDB perlu membayar kira-kira AS$600 juta kepada IPIC pada 31 Disember. Iamerupakan sebahagian daripada perjanjian penjelasan yang dicapai pada April lalu selepas 1MDB tidak dapat melunaskan bonnya menyebabkan syarikat Abu Dhabi itu menuntut sejumlah AS$6.5 juta menerusi timbang tara di mahkamah di London. – MalaysiaGazette
Comments are closed.