Home Nasional Ribut petir di beberapa negeri

Ribut petir di beberapa negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa perairan termasuk Perak, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak.

Keadaan itu dikatakan boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter.

Kawasan tumpuan bagi ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sekitar Perak adalah daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Muallim dan Batang Padang.

Di Pahang pula adalah daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Pekan dan Kuantan.

Di Kelantan, daerah Lojing manakala di Terengganu, daerah Dungun dan Kemaman juga mengalami ribut petir berserta angin kencang.

Terdahulu Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut menasihatkan komuniti maritim khususnya di Sabah dan Sarawak agar tidak keluar ke laut buat masa ini sehingga keadaan cuaca kembali tenang bagi mengelak kejadian tidak diingini. – MalaysiaGazette