Home Ekonomi MD Cahya Mata Sarawak bersara

MD Cahya Mata Sarawak bersara

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Cahya Mata Sarawak Bhd. Datuk Richard Alexander John Curtis akan bersara daripada jawatannya dan dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif kumpulan tersebut.

Syarikat tersebut dalam kenyataan di Bursa Malaysia berkata, Curtis akan dilantik ke jawatan baharu bermula 1 Januari ini.

Tambahnya, Datuk Isaan Lugun dan Goh Chii Bing akan mengambil alih peranan eksekutif Cahya Mata Sarawak yang mana Lugun dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan (korporat) manakala Goh akan dilantik sebagai ketua eksekutif kumpulan (operasi).

Kedua-duanya akan memulakan tugas masing-masing pada 1 Januari.-MalaysiaGazette