Home Utama Susu rumusan : Selamat tapi tak capai standard kualiti ditetapkan

Susu rumusan : Selamat tapi tak capai standard kualiti ditetapkan

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Hasil analisis Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap susu rumusan bayi yang dirampas di Johor mendapati produk tersebut selamat digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil sampel produk yang dirampas kerana disyaki menggunakan cap dagangan tiruan untuk dianalisis.

“Sampel produk tersebut kemudiannya dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan bawah kementerian dan Jabatan Kimia Malaysia bagi mengesahkan keselamatan produk. Hasil analisis mendapati produk tersebut adalah selamat.

“Bagaimanapun produk itu tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983 iaitu dari segi kandungan lemak,” katanya.

Pada 10 Dis lalu, KPDNKK Johor telah merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki tiruan di lima lokasi berbeza di Johor Bahru.- BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts

Comments are closed.