Home Dunia Athens dilanda gempa bumi

Athens dilanda gempa bumi

Gempa dasar laut yang kuat telah melanda utara New Zealand dan dikhuatiri berlaku tsunami di wilayah tersebut.- Gambar hiasan.

ATHENS – Gempa bumi dengan magnitud 4.6 skala Richter menggegarkan Athens dan tengah Greece.

Bagaimanapun, tiada laporan awal kerosakan dilaporkan.

Gegaran direkodkan di barat Athens pada 6.02 pagi (0402 GMT) di Teluk Corinth, dengan kedalaman jarak jauh 5 kilometer, menurut Balai Cerap Negara menerusi di laman webnya.

“Rasanya dua gempa berturut-turut! Ia agak kuat. Ia mengejutkan saya,” kata seorang netizen yang menulis di laman web Pusat Laut Seismologi Eropah-Mediterranean.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, pusat gempa itu berada pada 79 kilometer barat laut Athens. – MalaysiaGazette