Home Nasional McDonald’s Ampang Park rai perpisahan

McDonald’s Ampang Park rai perpisahan

Maskot Mc Donald's, Ronald McDonald menceriakan suasana pada Program Commemorating The Good Times at Mcdonald's Ampang Park Restaurant di Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Hari ini merupakan hari terakhir sebelum lembaran baru bermula pada 2018, dalam masa yang sama ia merupakan hari terakhir untuk Ampang Park beroperasi.

Begitu juga dengan McDonald’s cawangan pusat membeli belah itu, turut mengakhiri operasi mereka setelah 28 tahun berada di pusat membeli belah itu.

Demi meraikan penutupannya, restoran itu menganjurkan majlis khas untuk merakamkan kenangan manis bersama-sama pelanggannya dengan pelbagai aktiviti antaranya sesi fotografi, lukisan muka dan persembahan buskers.

Pengunjung cilik melihat gambar-gambar nostalgia pada Program Commemorating The Good Times at Mcdonald’s Ampang Park Restaurant di Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017.
Maskot Mcdonald’s menceriakan suasana pada Program Commemorating The Good Times at Mcdonald’s Ampang Park Restaurant di Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017.

Tidak mahu ketinggalan meraikan hari terakhir McDonald’s di Ampang Park hari ini adalah bekas pekerja Azman Abdullah, 55 tahun.

Azman Abdullah hadir pada Program Commemorating The Good Times at McDonald’s Ampang Park Restaurant di Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017.

“Sebab hari ini hari terakhir saya datang nak tengoklah kedai ni. Nanti dah tak ada. Pengalaman banyak di sini bekerja dengan rakan-rakan dulu,” ujarnya.

Dimaklumkan lokasi terbaru cawangan McDonald’s ini pada tahun hadapan akan beroperasi di The Intermark Mall, Jalan Tun Razak.

Justeru itu kata Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi dan Penyelidikan restoran itu Melati Abdul Hai, perpindahan lokasi yang baru kelak akan merakamkan banyak lagi memori baharu untuk masa depan.

Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi dan Penyelidikan McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai ditemubual pada Program Commemorating The Good Times at Mcdonald’s Ampang Park Restaurant di Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017.

“Realiti memang menyedihkan dengan penutupan kita di lokasi yang strategi ini kerana penutupan Ampang Park namun akan banyak lagi memori baru yang akan dicipta selepas ini di lokasi yang baru nanti,” katanya.

Cawangan baru itu menawarkan suasana yang moden dan peningkatan penggunaan teknologi menerusi kios layan diri untuk pelanggan membuat tempahan sendiri.

Tambahnya, McDonald’s turut menjangkakan pelaburan antara RM50 juta hingga RM100 juta untuk tempoh lima tahun akan datang. -MalaysiaGazette