Home Politik Dewan Ulama pertahan Amanat Hadi, bidas tun M

Dewan Ulama pertahan Amanat Hadi, bidas tun M

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama Pas tampil mempertahankan Amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1981 walaupun dipertikai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebelum itu, bekas perdana menteri itu menyifatkan ia punca perpecahan umat Islam di Malaysia.

Abdul Hadi Awang

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mahfodz Mohamed membidas Mahathir yang berterusan membangkitkan isu tersebut dan memberi alasan amanat tersebut keluar memandangkan pentadbiran kerajaan ketika itu amat teruk dan dilihat sebagai anti-Islam.

“Amanat Haji Hadi (Abdul Hadi) dikeluarkan ketika itu sesuai dengan waktunya kerana UMNO di bawah kepimpinan Dr Mahathir waktu itu amat teruk, anti-Islam,” beliau dipetik berkata hari ini.

Ujarnyai, berbeza dengan pentadbiran kerajaan sekarang, UMNO kini lebih baik berbanding zaman Mahathir malah sanggup menerima penerangan yang dibawa oleh Pas walaupun berbeza ideologi politik.

“Sekarang pendekatan kita berubah terhadap UMNO sebab parti itu hari ini tidak macam UMNO bawah Mahathir dulu, bila kita beri penerangan hari ini, Alhamdulillah sedikit sebanyak diterima.

“Kalau dulu, asal Islam sahaja ditentang,” katanya.

Baru-baru ini, Mahathir yang menyalahkan mufti kerana tidak menegur Amanat Hadi sehingga tercetusnya tragedi Memali pada 1985. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kalau begitu betullah amanat hadi itu. nak jadi kafir tak payah masuk Kristian atau hindu atau Budha. pisah ugama lain politik lain pun dah jadi kafir lah. menteri mesti bolih jadi imam sembahyang. ; (aku tambah)

Comments are closed.