Home Utama Gajah naik minyak mati kena renjatan elektrik

Gajah naik minyak mati kena renjatan elektrik

GRIK- Seekor gajah mati terkena renjatan elektrik selepas ‘menyerang’ Kem Sri Banding di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber, kira-kira pukul 4 pagi, haiwan berkenaan telah merosakkan dan merobohkan pagar Dataran Juang di kem berkenaan.

Gajah naik minyak itu akhirnya mati selepas terkena renjatan elektrik di kawasan kontena awam yang juga menempatkan pekerja Bangladesh.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang laporan kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Pihak terbabit kemudiannya menghubungi Jabatan Perhilitan Daerah Grik untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette

Comments are closed.