Home Dunia Maut makan mochi

Maut makan mochi

TOKYO – Dua warga emas maut selepas menikmati mochi – sejenis kuih tradisional Jepun yang dimakan sempana Tahun Baru.

Kedua-dua mangsa, masing-masing berumur 60 dan 81 tahun maut selepas tercekik mochi.

Manakala 13 lagi dirawat di hospital, menurut laporan NHK.

Mochi biasanya dibakar, dimasak atau dihidangkan dalam sup dengan sayur-sayuran dan makanan lain.

Di Jepun, tercekik ketika makan mochi adalah masalah yang kerap berlaku sehingga perkhidmatan kecemasan Jepun memberi amaran kepada warga Jepun supaya memotong kuih tersebut kepada kepingan kecil dan mengunyahnya secara perlahan.

Kira-kira 90 peratus kematian semasa makan kuih tradisional itu disebabkan tercekik, menurut Jabatan Bomba Tokyo.

Jumlahnya amat tinggi pada awal tahun 2014 hingga 2015, dengan sembilan kematian di Jepun. – MalaysiaGazette