Home Ekonomi Malaysia di tangga ke-5 syurga pesara di dunia

Malaysia di tangga ke-5 syurga pesara di dunia

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kos hidup, persekitaran politik, manfaat persaraan, cuaca dan penjagaan kesihatan merupakan antara faktor yang diambil kira dalam Indeks Persaraan tahunan InternationalLiving.com.

Di atas faktor-faktor berkenaan, Malaysia menduduki tangga kelima di antara 24 negara di dunia yang dipilih sebagai syurga pesara.

Malaysia juga turut menjadi negara paling utama menjadi pilihan pesara di Asia Tenggara.

Kajian InternationalLiving.com itu merangkumkan 24 syurga pesara di dunia berdasarkan kriteria persaraan yang membahagiakan dan berjaya.

Banyak faktor yang diambil kira termasuk kos sara hidup, cuaca dan penjagaan kesihatan yang kesemuanya berdasarkan kehidupan sepasang pesara dengan pendapatan sekurang-kurangnya AS$1,500 sebulan.

Pada tahun ini, Costa Rica dinamakan sebagai destinasi paling ideal untuk pesara.

Menurut kajian tersebut, negara di antara kepulauan Caribbean dan Lautan Pasifik itu destinasi selamat pada siang dan malam kerana kadar jenayah yang rendah.

Tambahan pula, Costa Rica memberi fokus kepada penjagaan alam sekitar dengan 25 peratus daripada kawasan negara tersebut dilindungi.

Ekonomi pula terus berkembang kukuh.

Berikut adalah senarai penuh 10 destinasi syurga pesara di dunia:-

 

  1. Costa Rica
  2. Mexico
  3. Panama
  4. Ecuador
  5. Malaysia
  6. Colombia
  7. Portugal
  8. Nicaragua
  9. Spain
  10. Peru.-MalaysiaGazette

 

+ posts