KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan tidak lagi menaikkan kadar tol di sleuruh negara bagi tahun ini memandangkan tindakan memansuhkan empat buah tol pada 1 Januari lalu.
Dalam satu kenyataan, pergerakan sayap UMNO itu berkata, sekiranya kadar tol di negara ini dinaikkan ia pastinya akan memberikan kesan kepada usaha kerajaan dalam mengurangkang kos sara hidup yang kian menghimpit masyarakat.
“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan agar Kementerian Kerja Raya dapat memastikan tiada lagi sebarang kenaikan kadar tol di seluruh negara bagi tahun ini, seperti komitmen kementerian dan kerajaan pada tahun lepas.
“Ini kerana sebarang kenaikan kadar tol nanti dilihat bercanggah dengan usaha serta hasrat kerajaan dalam meringankan beban rakyat, walaupun kutipan tol di empat plaza tersebut sudah dimansuhkan,” katanya.
Dalam perbentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Oktober lalu ada menyebut pemansuhan tol Batu Tiga Shah Alam; Sungai Rasau di Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link Johor.
Selain itu, pergerakan itu turut menyambut baik keputusan kerajaan yang telah memansuhkan kutipan keempat-empat tol berkenaan.
“Keputusan yang selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 itu pastinya memberi kelegaan kepada para pengguna lebuh raya terlibat terutama dalam mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.
harap kerajaan dapat membuat keputusan dengan menitikberatkan semua segi demi para pengguna lebuh raya.