KUALA LUMPUR – Pertumbuhan pinjaman bagi sektor perbankan dijangka berkembang empat hingga lima peratus pada tahun 2018.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pertumbuhan itu jauh lebih kukuh berbanding prestasi tahun lalu.
“Unjuran pertumbuhan empat hingga lima peratus itu lebih kukuh berbanding tahun lepas.
“Pertumbuhan pinjaman yang rendah tahun lepas adalah disebabkan korporat.
“Berdasarkan perkembangan korporat, pertumbuhan pinjaman dilihat lebih kukuh pada tahun ini,” katanya semasa taklimat media sempena Hari Korporat CIMB Malaysia di sini hari ini.
Tambahan pula menurut Zafrul, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2017 adalah di luar jangkaan.
Ini sekaligus memacu pertumbuhan pinjaman yang lebih kukuh.-MalaysiaGazette