LONDON – Antonie Conte sedia menjual David Luiz dan Michy Batshuayi pada bulan ini jika Chelsea boleh mendapatkan pengganti yang sesuai.
Menurut The Times, Conte telah memaklumkan pengarah Blues, Marina Granovskaia bahawa dia tiada masalah melepaskan Luiz dan Batshuayi dengan hati terbuka.
Namun pengendali dari Itali itu telah menyerahkan senarai sasaran untuk jendela perpindahan kali ini.
Sebelum ini, Conte secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap urusan perpindahan Chelsea pada musim panas lepas kerana kelab itu gagal mendapatkan beberapa sasaran utamanya termasuk Romelu Lukaku, Alex Sandro dan Ross Barkley.
Bekas pengurus Itali itu mahukan pemain tengah, bek kiri dan penyerang baharu di Stamford Bridge bulan ini, dengan pasukan itu sekarang bergelut untuk mengejar pendahulu liga, Manchester City.
Dalam pada itu, pemain pertahanan Brazil, Luiz pernah bertengkar dengan Conte selepas kekalahan Liga Juara-Juara ke atas Roma pada Oktober lalu dan dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan Real Madrid beberapa minggu lalu.
Batshuayi pula menyertai Chelsea pada nilai £33 juta musim panas 2016 tetapi Conte tidak meletakkan kepercayaan terhadap pemain Belgium itu dengan menyenaraikan dirinya dalam senarai utama skuad Liga Perdana Inggeris hanya dua kali. – MalaysiaGazette