SEOUL – Korea Utara menerima tawaran Korea Selatan untuk mengadakan perbincangan rasmi pada 9 Januari ini, kata Kementerian Penyatuan dalam satu kenyataan.
Jurucakap kementerian, Baik Tae-hyun dalam taklimat berkata, agenda perbincangan itu termasuk acara Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, selain isu-isu kepentingan bersama. – MalaysiaGazette