Home Dunia Penumpang cemari pesawat dengan najis

Penumpang cemari pesawat dengan najis

WASHINGTON – Para penumpang United Airlines dicemari bau busuk apabila dua tandas dalam pesawat yang dalam penerbangan dari Chicago ke Hong Kong pada Khamis lalu dicemari najis dengan najis manusia.

Keadaan yang mengejutkan itu memaksa pesawat United 895 membuat pendaratan di Alaska.

Polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens berkata, pendaratan itu dibuat selepas ‘ada seorang penumpang mencemari najis di merata-rata tempat’.

Secara spesifik, katanya, lelaki itu telah mengotorkan dua tandas pesawat dan juga cuba untuk memasukkan baju-T ke dalam mangkuk tandas.

United Airlines pula dalam kenyataannya memaklumkan, laluan diubah kerana ‘gangguan penumpang’.

Syarikat penerbangan itu berkata, penumpang itu memberi kerjasama apabila kepada pihak berkuasa yang menahannya di Anchorage dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan mental.

Media tempatan berkata, pesawat itu terpaksa mendarat semalaman untuk kerja-kerja penyelenggaraan. – MalaysiaGazette