KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan l8 Jun ini iaitu awal dua hari daripada tarikh sebenar.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.
Menurutnya, mengikut peraturan proses pembebasan, sekiranya tarikh dibebaskan itu jatuh pada cuti hujung minggu dan cuti umum, banduan perlu dibebaskan lebih awal sehari sebelumnya.
“Peraturan Penjara (No 28) menyatakan jika tarikh pembebasan banduan jatuh pada hujung minggu atau cuti umum, mereka perlu dibebaskan sehari sebelumnya.
“Kerana 10 Jun adalah pada Ahad dan 9 Jun pula Sabtu, beliau (Anwar) akan dibebaskan pada Jumaat, 8 Jun,” beliau dipetik berkata.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam berkata, suaminya akan dibebaskan pada 11 Jun ini selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan meliwat pembantunya. – MalaysiaGazette
Comments are closed.