Home Ekonomi Harga minyak dunia kekal kukuh

Harga minyak dunia kekal kukuh

SINGAPURA – Harga minyak mengukuh dalam dagangan hari ini berikutan penurunan kecil dalam jumlah aktiviti penggerudian untuk pengeluaran baru.

Niaga hadapan minyak mentah Barat Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$61.61 setong pada 0209 GMT, naik AS$0.17 sen atau 0.3 peratus, melebihi penutup terakhir dan tidak jauh dari paras harga AS$62.21 pada Mei 2015 tinggi yang dicapai minggu lepas.

Niaga hadapan Brent pula didagangkan pada AS$67.74 setong, juga naik 0.2 peratus berbanding hari penutup.

Brent melonjak kepada AS$68.27 setong minggu terlalu – paras tertinggi sejak bulan Mac 2015.

Para pedagang berkata, kenaikan itu dipacu oleh penurunan sedikit dalam jumlah penggerudiaan, merosot sebanyak lima dalam minggu yang berakhir 5 Januari lalu kepada 742, menurut data perkhidmatan minyak firma Baker Hughes.

Bagaimanapun, pengeluaran minyak Amerika Syarikat dijangka melepasi 10 juta tong sehari tidak lama lagi, sebahagian besarnya disumbang oleh peningkatan pengeluaran syal.. Hanya pengeluar utama Rusia dan Arab Saudi menghasilkan lebih banyak.

Peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat adalah faktor utama yang mengimbangi pemotongan pengeluaran yang diketuai oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dikuasai oleh Timur Tengah dan Rusia mulai Januari tahun lalu dan dijangka bertahan hingga tahun ini.

Stephen Innes, Ketua Perdagangan untuk Asia/Pasifik di Oanda, Singapura berkata, persaingan OPEC dan syal akan menjadi faktor penentuan harga emas itu.

Bagaimanapun, Innes menambah, pergolakan Timur Tengah akan terus menjadi tumpuan utama bagi pasaran minyak dan memberi amaran kemungkinan berlaku lonjakan harga minyak. – MalaysiaGazette