WASHINGTON – Sebagai langkah terbaru pe ntadbiran Donald Trump khususnya dalam aspek penguatkuasaan Imigresen, 200,000 pendatang ElSalvador akan kehilangan hak tinggal di negara itu mulai tahun depan.
Amerika Syarikat (AS) akan menamatkan status perlindungan sementara warga El Salvador (TPS) pada 9 September 2019, ini bermakna kesemua mereka mempunyai tempoh 18 bulan untuk keluar dari negara tersebut.
Tindakan itu dikritik hebat pejuang hak asasi pendatang yang mengatakan ia mengabaikan keganasan di El Salvador dan tidak memberi pilihan warga negara itu selain meninggalkan AS atau kekal secara haram.
Terdahulu pendatang-pendatang El Salvador dibenarkan tinggal dan bekerja di AS sejak 2001 selepas dua gempa bumi dahsyat yang mengakibat ribuan orang di negara berkenaan kehilangan tempat tinggal. – MalaysiaGazette