KUALA LUMPUR – Kumpulan Affin Bank (Affin Bank) menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai salah satu program transformasi startegi kumpulan, Affinity.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil berkata, AFFINITY di mana salah satu objektifnya adalah untuk memupuk sikap integriti dalam kalangan kakitangan dari semua peringkat di bank dalam kerja harian mereka.
“Kami di Affin Bank mengalu-alukan inisiatif IBR ini dengan hati yang terbuka kerana ia sangat bersesuaian dengan program transformasi strategik kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kamarul mengetuai semua kakitangan AFFINBANK dalam majlis menandatangani dan melafazkan IBR yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil
IBR adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh SPRM yang memberi penekanan pada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu.
Ini bagi memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut faham akan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.- MalaysiaGazettte
.