Home Dunia Derita tertelan cili

Derita tertelan cili

Pesakit dberi keterangan mengenai hasil pembedahan yang dijalankan. foto SMCP

BEIJING – Seorang wanita di barat laut China yang mengalami demam dan masalah pernafasan selama enam tahun, ditemui ada cili sepanjang tiga sentimeter di salah satu paru-parunya.

Tidak tahan menanggung sakit, wanita itu akhirnya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di Tongchuan di wilayah Shaanxi, China Business View melaporkan.

Wanita berusia 41, yang namanya tidak diberi, pergi ke hospital minggu lalu selepas mengalami sakit kepala yang teruk dan kesukaran bernafas.

Luo Lifeng, seorang doktor di hospital, dipetik sebagai berkata, cuba mengeluarkan cili daripada paru kanan pesakit namun gagal.

Doktor kemudian memutuskan untuk menjalankan pembedahan di bahagian paru-paru yang terkena jangkitan teruk.

Dan, pembedahan itu berjaya.

Doktor berkata, tertelan makanan sehingga masuk dalam saluran pernafasan adalah perkara biasa pada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, tetapi jarang berlaku pada orang dewasa.

Luo tidak menolak kemungkinan bahawa wanita mungkin menyedut cili ketika dia sedang makan. – MalaysiaGazette