Home Politik Tun M calon PM dan kelicikan Azmin

Tun M calon PM dan kelicikan Azmin

Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard
Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard

KUALA LUMPUR – Pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri gabungan pembangkang bakal memberi kredit kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Itu dakwaan bekas ahli seumur hidup PKR, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Saharin dalam live Facebooknya semalam.

Menurutnya, Menteri Besar Selangor itu mempunyai perancangan licik bagaimana mendapat peluang daripada kekalutan yang berlaku.

Mengambil contoh isu Langkah Kajang apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak diterima menjadi menteri besar, Mohamed Azmin berjaya mengambil peluang dengan bantuan Pas.

Justeru, beliau percaya apabila Pakatan Harapan melantik Mahathir sebagai calon PM ia bakal menimbulkan konflik.

Menurut Chegubard, sekiranya PH menang dalam PRU-14 dan memilih Mahathir menjadi PM sudah pasti ia menyukarkan Pengerusi PH itu diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong.

Ini kerana, dakwanya, hubungan Mahathir dengan Sultan Selangor dan Sultan Johor kini agak ‘dingin’ ekoran beberapa isu.

Antaranya isu Bugis keturunan Bugis dan pemulangan pingat kebesaran dan dengan Sultan Johor berkenaan isu pelabur Cina di Forest City, dakwanya.

Apabila ia berlaku, teori Chegubard, Mohamed Azmin akan menonjolkan diri dan beliau mungkin akan dilantik menjadi PM.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.