Home Politik Ahli MCA jangan sabotaj rakan komponen

Ahli MCA jangan sabotaj rakan komponen

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib MCA, Tan Sri Chor Chee Heung (tengah) bersama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib MCA, Lim Si Cheng dan Ahli Jawatankuasa Tatatertib MCA, Tan Kok HOng (kanan) pada sidang media berkaitan isu disiplin ahli MCA di Ibu Pejabat MCA, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 12 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib MCA hari ini memberi amaran kepada semua ahli parti itu agar menjaga disiplin menjelang PRU-14.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Chor Chee Heung, peringatan itu dalam masa sama juga terpakai untuk tindakan sabotaj calon pilihan raya dari rakan komponen Barisan Nasional (BN).

“Saya dan anggota dalam jawatankuasa disiplin membuat suatu sidang media untuk memberi peringatan atau amaran kepada semua ahli-ahli MCA seluruh negara kita jangan mengenepikan disiplin.

“Supaya ahli kita bertindak dengan betul tidak mensabotaj imej parti MCA. Tidak kira sama ada kita sabotaj imej MCA calon MCA atau calon parti lain dalam BN atau panggil orang tak undi BN,” katanya ketika sidang media hari ini.

Tambah Chee Heung, mana-mana perlakuan yang melibatkan pelanggaran disiplin termasuk sabotaj calon atau parti komponen, berisiko untuk dipecat serta merta sebagai ahli sejajar dengan perlembagaan MCA.

“Jika ada bukti jawatankuasa tatatertib MCA akan mengambil tindakan yang cukup tegas.

“Banyak hukuman boleh diambil pecat dari parti amaran dan digantung,” katanya lagi.

Kata Chor dalam pada itu mendedahkan isu disiplin merupakan salah satu topik yang disentuh dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN baru-baru ini sehubungan itu ia perlu dipandang serius.

Turut hadir dalam sidang media Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib MCA Lim Si Cheng dan Ahli Jawatankuasa Tatatertib Tan Kok Hong yang turut mengingatkan semua ahli tersebut tidaj menjejaskan imej MCA. -MalaysiaGazette