Home Politik Azmin didakwa salah guna ‘Selangorkini’ untuk tujuan politik

Azmin didakwa salah guna ‘Selangorkini’ untuk tujuan politik

Noh Omar

TANJONG KARANG – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta memantau dan mengambil tindakan tegas, seperti menghentikan pengedaran akhbar rasmi kerajaan negeri ‘Selangorkini’, di masjid-masjid Selangor yang dilihat lebih banyak melaporkan berita politik khususnya membabitkan aktiviti Pakatan Harapan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata akhbar percuma kerajaan negeri itu yang diterbitkan menggunakan duit rakyat sepatutnya melaporkan lebih banyak berita mengenai pembangunan di Selangor.

“Kalau berterusan diedarkan di masjid seolah-olah JAIS abai titah Sultan Selangor sebab ini jelas menunjukkan akhbar itu telah menjadi akhbar politik.

“Ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, saya lihat Selangorkini tidak cerita politik sangat tetapi lebih kepada program menteri besar dan kerajaan negeri.

“Akhbar ini perlu kembali semula kepada tujuan asal ia diterbitkan,” katanya dalam sidang media bersempena program turun padang ke Kampung Sri Tiram Jaya di sini hari ini.-BERNAMA

Azmin guna Selangorkini promosi jadi PM