Home Dunia Barang kemas rompakan bernilai AS$5.4j ditemui semula

Barang kemas rompakan bernilai AS$5.4j ditemui semula

Pasukan polis mengepung bangunan Hotel Ritz di Paris selepas kedai barangan kemas di hotel berkenaan dirompak. foto Agensi

PARIS – Polis Perancis telah menemui kesemua barang kemas yang dicuri oleh perompak bersenjata dari sebuah kedai di Hotel Ritz yang terkenal di bandar ini.

“Saya dapat mengesahkan bahawa semua permata yang dicuri ditemui di dalam beg yang ditemui oleh pegawai polis,” kata sumber polis.

Barang kemas yang dirompak bernilai 4.5 juta euro(AS$5.4 juta) berada di dalam sebuah beg yang dilemparkan oleh seorang anggota perompak.

Tiga lelaki telah ditangkap, kata polis, sementara baki yang lain sedang diburu.

Ritz Hotel adalah penginapan lima bintang di Place Vendôme, yang terletak di tebing kanan sungai Seine, dekat Paris.

Kumpulan perompak itu menggunakan kapak untuk memecahkan tingkap kedai di tingkat bawah hotel pada pukul 6 petang.

Bagaimanapun, kehadiran polis rondaan mengganggu rompakan kumpulan itu.

Tiga perompak ditahan selepas bangunan itu dikepung tetapi dua lagi yang menunggu di luar berjaya melepaskan diri dengan kereta dan skuter.

Barang kemas yang ditemui dalam beg dijatuhkan oleh perompak dari atas skuter selepas dihalang pejalan kaki. – MalaysiaGazette