Home Dunia Lebih 600 perusuh ditahan di Tunisia

Lebih 600 perusuh ditahan di Tunisia

TUNIS – Lebih 600 perusuh ditahan oleh pihak berkuasa dalam tunjuk perasaan menentang pelaksanaan langkah penjimatan yang berterusan di Tunisia.

Tunisia terbabit dalam kebangkitan Arab Spring pada 2011, menyaksikan demonstrasi ganas sejak Isnin lalu, sekali gus mengakibatkan pertempuran di antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan mengakibatkan puluhan orang cedera.

Golongan muda di utara bandar Siliana dikatakan bertindak membaling batu dan bom molotov koktel ke arah pasukan keselamatan yang kemudiannya membalas dengan gas pemedih mata.

Kementerian Dalam Negeri dalam pada itu berkata, polis menahan 328 orang penunjuk perasaan pada Rabu lalu atas kesalahan mencuri, merompak, membakar dan melakukan sekatan jalan, selepas menahan lebih 280 orang, dua hari sebelumnya.

Selain itu 21 anggota keselamatan dilaporkan cedera, namun tiada orang awam yang cedera. – MalaysiaGazette