HAWAII – Amaran bedilan peluru berpandu yang dihantar kepada penduduk Hawaii menyebabkan panik tetapi kemudian diisytiharkan palsu.
Para pengguna telefon mudah alih menerima mesej yang mengatakan: “Ancaman peluru berpandu balistik yang masuk ke Hawaii, cari perlindungan segera, ini bukan latihan.”
Gabenor Negeri itu, David Ige meminta maaf kepada penduduk Hawaii, dengan mengatakan seorang kakitangan telah menekan butang yang salah.
Kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan siasatan penuh dilakukan.
Sistem amaran itu diwujudkan berikutan potensi jarak antara Hawaii dan Korea Utara.
Pada bulan Disember, negeri itu telah menguji siren amaran nuklear buat kali pertama sejak berakhirnya Perang Dingin.
Agensi berita Associated Press melaporkan amaran itu dihantar melalui telefon bimbit dengan huruf besar pada pukul 8.07 pagi (18:07 GMT).
Bagaimanapun, amaran itu diperbetulkan melalui emel 18 minit kemudian tetapi tidak dibuat melalui telefon bimbit selama 38 minit kemudian.
Agensi Pengurusan Kecemasan hanya menghantar mesej mudah: “TIDAK ada ancaman peluru berpandu ke Hawaii.
Tentera Amerika Syarikat juga mengesahkan tidak ada ancaman peluru berpandu dikesan. – MalaysiaGazette