Home Dunia Kastam Bangladesh rampas 11 kg emas, warga Jepun ditahan

Kastam Bangladesh rampas 11 kg emas, warga Jepun ditahan

DHAKA – Para pegawai kastam Bangladesh di lapangan terbang Dhaka merampas jongkong emas seberat kira-kira 11 kilogram daripada seorang warga jepun yang tiba di sini dengan pesawat Regent Airways dari Singapura.

Pegawai kanan kastam, Saidul Islam memberitahu wartawan, mereka menahan warga Jepun yang dikenali Kengo Shibata bersama jongkong emas bernilai Taka 22 juta (AS$662,650) pada awal Sabtu, lapor Xinhua.

Lelaki tersebut ditahan apabila melintasi laluan hijau di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di Dhaka pada pukul 12.40 pagi waktu tempatan apabila mereka menjumpai jongkong emas yang setiap satu seberat satu kilogram.

Menurut pagawai itu, warga Jepun tersebut telah diserahkan kepada polis.

Sumber berkata, kumpulan penyeludup tempatan mempunyai hubungan dengan rakan warga asing telah meningkatkan penggunaan Bangladesh sebagai lokasi transit perjalanan emas haram, mata wang asing dan dadah. – Agensi