JAKARTA – Bursa Saham Indonesia dibuka semula pada sesi petang ini selepas kira-kira 12 orang cedera dalam kejadian lantai runtuh.
Semua kakitangan bursa itu dilaporkan selamat.
Runtuhan struktur di tingkat bawah Menara 2 bangunan itu dilaporkan berlaku pada tengah hari.
Komplek bursa itu daripada dua menara dengan 32 tingkat.
Menara 1 siap sepenuhnya tahun 1994 dan Menara 2 mengalami kerosakan pada tahun 1998, menurut laman web pemaju Sudirman Central Business District.
Bangunan itu juga menempatkan pejabat tempatan Bank Dunia, menurut laman web bursa itu.
“Seratus peratus kakitangan bursa selamat. Sistem bursa tidak terjejas,” kata ketua bursa, Tito Sulistio kepada wartawan. – MalaysiaGazette