RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbad menyifatkan usaha pendamaian Timur Tengah oleh Donald Trump sebagai sesuatu yang merosakkan pada abad ini.
Dalam mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Palestin, Mahmoud dengan tegas memaklumkan beliau tidak akan menerima sebarang rancangan pendamaian daripada Amerika Syarikat selepas negara itu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Beliau juga menuduh Israel menamatkan Perjanjian Oslo, yang memulakan proses perdamaian pada tahun 1995.
Sebelum ini, Trump telah mengancam untuk memotong bantuan jika rakyat Palestin menolak rancangan pendamaiannya.
Bercakap awal bulan ini, Trump menegaskan pengiktirafan terhadap Baitulmaqdis isu yang dibahagikan “di luar meja rundingan” untuk perbincangan pendamaian baru.
Palestin pula mendakwa tindakan itu menunjukkan Amerika Syarikat bukan seorang broker yang neutral.
Mahmoud telah menolak cadangan rump bulan lalu, selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengundi menyuarakan rasa kesal terhadap pengiktirafan Amerika Syarikat.
Bercakap kepada pemimpin Palestin di Ramallah pada hari Ahad, Mahmoud berkata: “Perjanjian abad itu adalah tamparan abad ini dan kami tidak akan menerimanya.”
“Saya mengatakan (mengenai) Oslo, tidak ada Oslo. Israel telah menamatkan Oslo,” tegasnya. – MalaysiaGazette