Home Politik Manifesto PH hadkan tempoh PM kepada 2 penggal

Manifesto PH hadkan tempoh PM kepada 2 penggal

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan bercadang untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingkan jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata cadangan itu merupakan antara manifesto pakatan pembangkang sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14.

Gabungan longgar pembangkang itu akan turut mencadangkan pelantikan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara mesti melalui parlimen dahulu dan bukannya lantikan atas nasihat perdana menteri, katanya semasa majlis pelancaran rasmi PPBM Bahagian Setiawangsa di sini malam tadi.

Sementara itu ketika berucap, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, berkata perjuangan PPBM ialah untuk 30 juta rakyat Malaysia.

“Setiap rakyat berhak memilih pemimpin mereka melalui cara demokrasi. Sekiranya Pakatan Harapan tidak bersatu hati, kita tidak akan mampu bersaing dalam PRU14 akan datang,” katanya.-BERNAMA