CALIFORNIA – Polis menyelamatkan 13 orang adik-beradik yang dikurung oleh ibu bapa mereka sendiri dengan beberapa orang dirantai pada katil.
David Allen Turpin, 57 dan Louise Anna Turpin, 49, kini ditahan dan didakwa atas tuduhan penyeksaan dan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.
Kesemua tahanan pasangan suami isteri itu berusia antara dua dan 29 tahun ditemui di sebuah rumah di Perris, 59 kilometer (95km) tenggara Los Angeles, kata polis.
Polis telah dimaklumkan perkara itu oleh salah seorang mangsa yang berjaya meloloskan diri dan membuat panggilan kecemasan melalui telefon bimbit yang ditemui dalam rumah itu, kata polis Riverside dalam satu kenyataan.
Gadis yang membuat panggilan itu berusia 10 tahun dan sedikit kurus – mendakwa bahawa 12 adik-beradiknya dikurung oleh ibu bapa mereka.
Pegawai polis kemudiannya mendapati beberapa kanak-kanak yang dirantai pada katil mereka dalam keadaan gelap dan busuk.
Lebih memeranjatkan kerana pasangan itu turut mengurung anak-anak dewasa yang berusia 18 dan 29 tahun.
Polis berkata, kesemua mangsa itu kini diberi rawatan di hospital kerana tidak bermaya dan dalam keadaan sangat kotor. – MalaysiaGazette