Home Dunia Misi berdarah tangkap Oscar Perez

Misi berdarah tangkap Oscar Perez

Oscar Perez

CARACAS – Dua pegawai polis dan beberapa pengganas terbunuh dalam satu operasi untuk menangkap seorang juruterbang helikopter, Oscar Perez yang dituduh memimpin pemberontakan bersenjata di Venezuela tahun lalu.

Pihak berkuasa telah mengepung sebuah rumah di EL Jungquito, dekat ibu kora Caracas yang dipercayai menjadi sel kepada juruterbang berkenaan.

Seramai lima orang yang dipercayai menjadi sebahagian daripada kumpulan penjenayah berkenaan turut ditangkap.

Namun, tidak dapat dipastikan apa yang berlaku kepada Perez.

Bagaimanapun, seorang ahli kerajaan, Diosdado Cabello dalam tweet beliau memberitahu, Perez telah melepaskan tembakan ke arah polis.

Perez menjadi buruan polis selepas menggunakan helikopter tentera yang dicuri untuk menjatuhkan bom tangan ke atas bangunan-bangunan kerajaan pada 27 Jun tahun lalu

Perez juga dipercayai pernah bekerja sebagai juruterbang mantan menteri, juga anggota polis forensik selama 15 tahun merupakan, seorang yang paling banyak bercakap di negara itu.

Beliau bersumpah untuk menyerang kerajaan menyebabkan Presiden Nicolas Maduro mengisytiharkannya seorang pengganas kerana mencuri helikopter tentera dan menjatuhkan bom di mahkamah untuk melancarkan rampasan kuasa.

Media Venezuela menggambar beliau sebagai ejen yang sangat terlatih, sebahagian daripada Briged Tindakan Khas (BAE), yang mana dia adalah ketua operasi untuk bahagian Angkatan Udara. – MalaysiaGazette