
KUALA LUMPUR – Harga mingguan bagi minyak petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen berbanding minggu lalu.
Bagaimanapun kadar minyak diesel kekal.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan harga RON95 dan RON97 masing-masing ditetapkan RM2.30 seliter dan RM2.57 seliter.
Sementara bagi harga diesel pula ditetapkan RM2.32 seliter.
Harga baharu ini berkuatkuasa tengah malam ini hingga 24 Januari – MalaysiaGazette