DHAKA – Bangladesh dan Myanmar bersetuju untuk menyelesaikan dalam tempoh dua tahun bagi penghantaran pulang penduduk Rohingya yang melarikan diri pada tahun lalu.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Agensi Pelarian (UNHCR) pula melahirkan kebimbangan penghantaran secara paksa lebih 650,000 penduduk Rohingya selepas berlaku konflik di Rakhine pada Ogos tahun lalu.
Kementerian Luar Myanmar dan Bangladesh berkata, Bangladesh akan menubuhkan lima kem transit di sempadan.
Kem tersebut akan menghantar penduduk Rohingya ke dua pusat penerimaan di Myanmar. Proses penghantaran balik akan bermula Selasa depan, kata kenyataan itu.
Myanmar berkata, negara itu akan membina kem transit yang boleh menempatkan 30,000 pelarian.
Bangladesh pula dalam kenyataannya berkata: “Myanmar telah memberi komitmen untuk menghentikan kedatangan penduduknya ke Bangladesh”.
Guterres mahu UNHCR terlibat secara langsung dalam perjanjian itu sebagai jaminan mematuhi piawaian antarabangsa.
“Usaha perdamaian sangat diperlukan untuk membolehkannya dilaksanakan dengan betul. Paling teruk adalah untuk memindahkan orang-orang ini dari kem-kem di Bangladesh ke kem-kem di Myanmar,” katanya.
Myanmar menegaskan perlunya kedua-dua pihak mengambil tindakan pencegahan terhadap serangan Rohingya yang mungkin berlaku dan telah memberi senarai 1,000 nama pemberontak kepada Dhaka.
Krisis berlaku selepas pasukan keselamatan Myanmar diserang pada 25 Ogos di Rakhine, mendorong tindak balas ketenteraan.
Dalam kejadian itu kira-kira 650,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Bagaimanapun, pihak tentera
Tentera menafikan pembersihan etnik, dengan mengatakan pasukan keselamatannya melancarkan operasi pembersihan pemberontakan yang sah. – MalaysiaGazette