Home Dunia AS tahan separuh bantuan kepada Palestin

AS tahan separuh bantuan kepada Palestin

Penduduk Palestin menerima bantuan PBB di Bandar Gaza. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat menahan lebih daripada setengah bantuan sejumlah AS$125 juta yang disalurkan kepada agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada Palestin.

Amerika Syarikat hanya akan memberi bantuan sejumlah AS$60 juta kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) dan akan menahan AS$65 juta lagi.

Seorang pegawai PBB berkata, langkah itu akan membawa kesan buruk bagi ratusan ribu orang yang memerlukan bantuan.

Presiden Donald Trump sebelum ini telah memberi amaran akan mengurangkan bantuan jika rakyat Palestin menolak perdamaian dengan Israel.stin menolak usaha perdamaian dengan Israel.

Dana dari Amerika Syarikat menyumbang hampir 30 peratus kepada agensi bantuan PBB dan memberikan AS$370 juta kepada UNRWA tahun lalu.

Sumbangan yang ditahan itu adalah sebahagian daripada ansuran pertama tahun ini. – MalaysiaGazette

+ posts