Home Ekonomi AirAsia Indonesia pindah ke Terminal 3

AirAsia Indonesia pindah ke Terminal 3

Gambar hiasan

JAKARTA – Pengendali lapangan terbang Indonesia, PT Angkasa Pura II (AP II) mengumumkan ketibaan dan pelepasan pesawat AirAsia bagi penerbangan antarabangsa akan dipindahkan ke Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta daripada Terminal 2E sebelum ini.

Perpindahan itu akan bermula pada 22 Januari, jam 3 pagi.

“AirAsia sekarang sedang bersiap sedia untuk berpindah ke Terminal 3.

“Kami memberi sokongan penuh kepada perpindahan tersebut,” kata Pengurus Komunikasi Cawangan AP II, Soekarno-Hatta, Haerul Anwar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kaunter-kaunter daftar masuk akan berada di D13 dan 18 terminal berkenaan.

Selain AirAsia, beberapa syarikat penerbangan turut berpindah ke Terminal 3 seperti Garuda Indonesia, Saudi Arabian Airlines, Vietnam Airlines, Korean Airlines, Xiamen Airlines, China Airlines dan China Southern.

Pengendali lapangan terbang itu akan memindahkan semua penerbangan antarabangsa di Soekarno-hatta ke Terminal 3 kerana Terminal 1 dan 2 hanya akan digunakan untuk penerbangan domestik.-MalaysiaGazette