Home Seni Hidup Hairul Azreen juga hadiah kereta mewah

Hairul Azreen juga hadiah kereta mewah

Foto Instagram Hairul Azreen.

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini, ramai artis yang mampu menghadiahkan orang tuanya dengan pelbagai hadiah mewah.

Ini menunjukkan betapa mereka begitu menghargai peranan dan sumbangan ibu bapa dalam membentuk kejayaan kerjaya masing-masing.

Walaupun dianggap satu trend seseorang artis menghadiahkan ibu bapa dengan sebuah kereta namun apa salahnya jika kenderaa itu dapat memudahkan orang tua mereka untuk ke sana sini menyelesaikan pelbagai urusan harian.

Sebelum ini antara artis yang pernah menghadiahkan ibu bapanya sebuah kereta adalah Fattah Amin, Shuib Sepahtu dan Janna Nick.

Terbaharu, Hairul Azreen menghadiahkan juga kereta mewah jenama BMW berwarna merah kepada ibu bapanya.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Hairul memuat naik sebuah video yang menyaksikan kejutan yang dilakukannya itu.

Seperti dijangka, hati ibu bapa mana yang tidak gembira apabila seorang anak menghadiahkan sesuatu kepadanya.

Bukan nilai hadiah tersebut yang dipandang tetapi keihklasan dan kesungguhan seorang anak kepada kedua ibu bapanya.

Rata-rata netizen turut tumpang gembira dan bangga dengan Hairul serta isteri kerana tidak pernah lupa kepada orang tua. – MalaysiaGazette